Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan 26 penagih dadah di Bintulu
  • JENAYAH

Polis tahan 26 penagih dadah di Bintulu

Utusan Sarawak 6 months ago

Anggota polis menjalankan operasi khas untuk membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Daerah Bintulu, yang membawa kepada penangkapan 26 penagih dadah dan seorang pengedar.

BINTULU: Seramai 26 penagih dadah ditahan polis dalam satu operasi bersama yang dijalankan di Daerah Bintulu pada Selasa lalu dan semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, operasi itu turut menahan seorang pengedar dadah, seterusnya disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Dalam operasi tersebut, kami telah merampas 20 gram methamphetamine, yang boleh digunakan untuk kira-kira 30 hingga 40 penagih,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Sibu dan Bintulu.

Nixon berkata, operasi tersebut merupakan usaha berterusan untuk menyekat permintaan dan bekalan dadah serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya dadah.

“PDRM bertekad untuk memerangi habis-habisan dadah yang merupakan musuh nombor satu negara,” katanya.

Justeru, beliau menyeru masyarakat untuk terus memberikan maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah kepada Bilik Gerakan PDRM di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu melalui talian 086-318304.

Continue Reading

Previous: Kartel baja: SPRM reman eksekutif pemasaran
Next: Mangsa penipuan pekerjaan, kebanyakan dari Sarawak kembali ke tanah air selepas ditahan di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.