Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan 13 lelaki, rampas dadah di dua lokasi
  • JENAYAH

Polis tahan 13 lelaki, rampas dadah di dua lokasi

Utusan Sarawak 7 months ago

DIRAMPAS...Antara dadah yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Miri.

MIRI: Polis menahan 13 lelaki dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM3,488.10 dalam dua serbuan berasingan di Sungai Baong, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek terdiri daripada 11 warga tempatan dan dua warga asing berusia antara 27 dan 56 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

 “Dalam serbuan pertama yang dilakukan di sebuah bilik, pasukan itu menemui dan merampas barang dipercayai syabu seberat 30gram , dengan anggaran nilai RM3,300.

“Dalam serbuan kedua pula, semasa pemeriksaan dijalankan di sekeliling sebuah bilik, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Syabu berjumlah 1.71 gram dianggarkan jumlah bernilai RM188.10.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 3488.10,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Alexson berkata, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Continue Reading

Previous: Wanita kena rompak RM301,231, diekori dari bank sebelum cermin kereta dipecah
Next: Ahli farmasi Malaysia dibunuh di kediamannya di Melbourne

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.