Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis siasat dua kes khianat kabel telekomunikasi di Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis siasat dua kes khianat kabel telekomunikasi di Bau

Utusan Sarawak 9 hours ago
KABEL telekomunikasi yang dipotong oleh individu tidak dikenali di salah sebuah Menara SACOFA di Bau.

BAU: Polis sedang menyiasat dua kes berasingan yang melibatkan perbuatan khianat terhadap kabel telekomunikasi di Menara SACOFA di Siniawan dan Kampung Serasot, yang menyebabkan gangguan perkhidmatan rangkaian mudah alih di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A. Rahman berkata, kes pertama dilaporkan kira-kira jam 9.00 hari ini selepas seorang juruteknik menemui beberapa kabel milik Umobile yang telah dipotong di Menara SACOFA Siniawan.

Pengadu, yang merupakan juruteknik daripada JC Connexion Sdn Bhd, mendapati tiga kabel bersaiz 16 milimeter dan tiga kabel bersaiz 10 milimeter dengan panjang keseluruhan kira-kira 35 meter telah dipotong di lokasi tersebut.

Siasatan awal mendapati pengadu melakukan pemeriksaan di kawasan itu selepas menerima aduan orang ramai mengenai gangguan talian perkhidmatan Umobile.

Polis menganggarkan kerugian dalam kejadian tersebut berjumlah kira-kira RM5,000.

KABEL telekomunikasi yang dipotong oleh individu tidak dikenali di salah sebuah Menara SACOFA di Bau.

Menurut Mohd Haide, tiada saksi yang melihat kejadian itu, manakala sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi didapati tidak berfungsi.

Dalam kejadian berasingan, satu lagi kes khianat terhadap kabel telekomunikasi dilaporkan berlaku di Menara SACOFA Kampung Serasot, Bau.

Pengadu, yang merupakan juruteknik syarikat ZTE, mendapati pada 10 Jun lalu bahawa satu kabel kuasa DC berwarna merah sepanjang kira-kira 30 meter dan satu kabel DC berwarna biru yang membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna Umobile dan CelcomDigi telah dipotong oleh individu tidak dikenali.

Hasil siasatan polis mendapati tiada saksi yang melihat kejadian itu dan tiada CCTV dipasang di lokasi. Selain itu, tiada pengawal keselamatan ditempatkan di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan di lokasi turut mendapati pintu utama pagar Menara SACOFA Kampung Serasot tidak berkunci.

Jumlah kerugian bagi kes kedua masih belum dapat dipastikan.

Mohd Haide berkata, polis telah mengarahkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk mengesan dan menahan suspek yang terlibat.

Pegawai penyiasat turut melawat kedua-dua lokasi kejadian, mengambil gambar serta menyediakan lakaran kasar tempat kejadian sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MRSM Betong bukti sekolah luar bandar mampu lakar kecemerlangan SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.