Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis selesaikan kes tembak mati lelaki Cina setelah dua suspek ditahan  
  • JENAYAH

Polis selesaikan kes tembak mati lelaki Cina setelah dua suspek ditahan  

Utusan Sarawak 7 months ago

BINTULU: Satu kejadian tembak telah berlaku di kawasan tempat letak kereta tingkat 4 di sebuah hotel di sini, pagi semalam.

Mangsa, seorang lelaki tempatan dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dan setibanya pihak ambulans di tempat kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Ekoran kejadian pihak polis telah menjalankan siasatan dan mengesan suspek yang terlibat.

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya menahan dua suspek lelaki, masing-masing warga tempatan dan warganegara asing lingkungan umur 40an di kawasan Miri.

Susulan penahanan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes ini.

Permohonan tahanan Reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Bintulu dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali, menegaskan pihak Polis tidak berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah.

Pihak polis, katanya lagi, komited dalam mengesan suspek yang terlibat di dalam kes ini.

Sehubungan itu, pihak polis juga menyarankan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah, diminta tampil dan  menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Skandal FashionValet: Proses rekod keterangan pasangan pengasas bersambung pagi ini
Next: Kes tembak: Lelaki maut, dua suspek berjaya ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.