Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Polis Sarawak, Polis Diraja Brunei perkukuh kerjasama strategik tangani jenayah rentas sempadan
  • SEMASA

Polis Sarawak, Polis Diraja Brunei perkukuh kerjasama strategik tangani jenayah rentas sempadan

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Mohamad Zainal Abdullah bersama dengan Pesuruhjaya Polis Brunei, Dato Seri Pahlawan Sulaiman Alidin. Foto Facebook Polis Daerah Miri

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mohamad Zainal Abdullah mengetuai lawatan kerja rasmi ke ibu pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semalam bagi menghadiri Mesyuarat Hubungan Dua Hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dan PPDB.

Zainal berkata mesyuarat itu menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik yang telah lama terjalin antara kedua-dua agensi, khususnya dalam menangani jenayah rentas sempadan serta meningkatkan keselamatan serantau.

Beliau berkata perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh perkongsian risikan dan maklumat, menyelaras operasi keselamatan di darat dan perairan, meningkatkan kerjasama operasi mencari dan menyelamat (SAR), serta memperkemas prosedur pemindahan Orang Kena Tahan mengikut undang-undang yang dipersetujui kedua-dua negara.

“Kerjasama erat antara PDRM dan PPDB amat penting bagi memastikan keberkesanan operasi keselamatan rentas sempadan serta menjamin keamanan dan keselamatan masyarakat di kawasan sempadan Malaysia dan Brunei,” katanya.

GAMBAR berkumpulan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak di ibu pejabat PPDB, semalam. Foto Facebook Polis Daerah Miri

Delegasi PDRM turut disertai Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Saifullizan Ishak, barisan ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), komander formasi serta Ketua Polis Daerah Miri, Limbang dan Lawas.

Delegasi PPDB pula diketuai Pesuruhjaya Polis Brunei, Dato Seri Pahlawan Sulaiman Alidin, bersama Timbalan Pesuruhjaya, Pengiran Anak Haji Mohamad Saifullah Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris serta pegawai kanan PPDB.

Pada majlis itu, Pesuruhjaya Polis Brunei turut menyampaikan Surat Penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Miri dan Ketua Polis Daerah Limbang sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama cemerlang mereka dalam membantu menahan penjenayah yang melarikan diri ke Brunei.

Zainal berkata mesyuarat tersebut berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta mengukuhkan hubungan profesional antara PDRM dan PPDB. Ia sekali gus memperkasakan kerjasama keselamatan demi menjamin keamanan dan kesejahteraan di kawasan sempadan Malaysia–Brunei.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tambah 17 kerusi DUN: Sarawak cuma mahu pengesahan Parlimen
Next: SPA terus tambah baik kaedah pengambilan penjawat awam – Pengerusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.