Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Saratok sita tiga motosikal, keluar 10 saman dalam Ops Bersepadu Bersasar
  • JENAYAH

Polis Saratok sita tiga motosikal, keluar 10 saman dalam Ops Bersepadu Bersasar

Utusan Sarawak 4 hours ago
POLIS Daerah Saratok telah melaksanakan Ops Bersepadu Bersasar yang dijalankan di sekitar Kampung Pagan dan kawasan berhampiran, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Polis Daerah Saratok berjaya menyita tiga motosikal dan mengeluarkan 10 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu Bersasar yang dijalankan di sekitar Kampung Pagan dan kawasan berhampiran, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata operasi tersebut dilaksanakan bagi menurunkan kadar jenayah indeks, khususnya di kawasan dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan atau ‘hot spot,’ selain meningkatkan kehadiran polis di lapangan.

Menurut beliau, operasi itu turut bertujuan menahan serta memeriksa individu dan kenderaan yang mencurigakan menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pemeriksaan mengejut (Snap Check), selain mengurangkan kesalahan lalu lintas terutama membabitkan penunggang motosikal.

“Operasi ini juga bertujuan mengesan individu dikehendaki yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah termasuk jenayah narkotik, komersial dan kesalahan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

POLIS Daerah Saratok telah melaksanakan Ops Bersepadu Bersasar yang dijalankan di sekitar Kampung Pagan dan kawasan berhampiran, semalam. Foto IPD Saratok

DSP Mathew berkata, tumpuan operasi diberikan di Kampung Pagan dan kampung berdekatan susulan aduan awam berhubung kegiatan remaja berlumba motosikal.

Operasi berkenaan melibatkan kekuatan seramai 11 anggota dan pegawai terdiri daripada seorang pegawai serta 10 anggota daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD), Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Balai Polis Saratok dan Cawangan Logistik.

“Sepanjang operasi, sebanyak 35 individu diperiksa melibatkan 30 lelaki dan lima perempuan. Polis turut memeriksa 30 kenderaan yang terdiri daripada 25 motosikal dan lima kereta.

“Sebanyak 10 saman dikeluarkan di bawah Saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya.

Dalam operasi sama, tiga motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Rampasan itu melibatkan sebuah Yamaha Ego S milik remaja lelaki berusia 15 tahun, sebuah Yamaha 135LC milik lelaki berusia 22 tahun dan sebuah Yamaha Lagenda milik lelaki berusia 19 tahun.

DSP Mathew berkata operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di Daerah Saratok terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua warga asing ditahan, 17 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
Next: Dua lelaki ditangkap atas kesalahan kes dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.