Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis rampas pokok ganja, ketum bernilai RM20,000
  • JENAYAH

Polis rampas pokok ganja, ketum bernilai RM20,000

Utusan Sarawak 2 years ago
SIDANG MEDIA… Zulkipli (tengah) ketika sidang media di IPD Sibu, sebentar tadi.

SIBU: Polis merampas dua pokok disyaki pokok ganja serta satu beg hitam mengandungi tanah dan dedaun kering disyaki ganja dianggarkan bernilai RM20,000 dalam pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Lorong Rambai, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar 12.15 tengah malam itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Sibu turut menyita kereta jenis Honda  bernilai RM80,000.

“Dalam pemeriksaan itu, seorang lelaki dan seorang perempuan tempatan berumur 50 dan 55 tahun ditahan,” jelasnya dalam sidang media, sebentar tadi.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah. 

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti dadah termasuk penanaman tumbuhan terlarang supaya menghubungi polis.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Bot tunda ditahan ingkar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO)
Next: Lelaki rugi RM485,320 terpedaya sindiket pelaburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.