Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Marin rampas 432,000 batang rokok Gudang Garam 
  • JENAYAH

Polis Marin rampas 432,000 batang rokok Gudang Garam 

Utusan Sarawak 3 months ago

DIRAMPAS... Barang yang dirampas oleh pasukan Polis Marin Miri 

KUCHING: Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Miri berjaya merampas 432,000 batang rokok kretek jenama Gudang Garam Surya tiada berlabel pelekat cukai dan sebuah van di Miri, semalam.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Abdul Rahman Mat Hasan berkata rampasan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,644,192.

Menurutnya, rampasan dilakukan oleh anggota ketika menjalankan Op

Taring Landai di tepi Jalan Miri Bypass, semalam.

“Pasukantelah menahan seorang lelaki warga tempatan dan memeriksa sebuah van jenama Toyota Hiace.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan membawa muatan 432,000 batang rokok kretek jenama Gudang Garam Surya yang tiada berlabel pelekat cukai Kastam.

“Setelah disoal siasat, pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen yang berkaitan dari pihak Kastam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Rahman berkata, suspek kemudian ditahan dan barang rampasan diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Miri untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” tambahnya.

Continue Reading

Previous: Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai
Next: Polis tahan lelaki amuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.