Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Marin bongkar aktiviti penyelewengan diesel di Kuching
  • JENAYAH

Polis Marin bongkar aktiviti penyelewengan diesel di Kuching

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANTARA barangan yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin dalam operasi Op Taring Landai yang dijalankan, bulan ini.

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebuah kapal tangki, sebuah lori tangki, serta 24,000 liter minyak diesel yang dipindahkan tanpa dokumentasi sah dalam satu operasi baru-baru ini, kata Komander PPM Wilayah 5, ACP Ab Rahman Mat Hasan.

Menurut beliau, rampasan itu dilakukan oleh pasukan daripada Unit Risikan Marin semasa Op Taring Landai yang dijalankan, bulan ini.

“Tindakan ini merupakan satu pelanggaran serius di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Polis Marin sentiasa komited bekerjasama rapat dengan agensi penguat kuasa lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Sungai Sarawak, serta Jabatan Laut Malaysia bagi membanteras kegiatan haram berkaitan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan.

ACP Ab Rahman turut menyarankan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras jenayah berkaitan penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan seperti minyak diesel.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Remaja hilang selepas merajuk dengan nenek
Next: Polis buru lima lelaki menyamar polis, samun keluarga pesara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.