Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Lawas lancar kempen keselamatan jalan raya
  • WILAYAH

Polis Lawas lancar kempen keselamatan jalan raya

Utusan Sarawak 4 months ago

DSP Liong turut mengingatkan penunggang membawa motosikan dengan selamat dan kenderaan dalam keadaan baik. 

LAWAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lawas telah memulakan Ops Lancar sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baharu Cina hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan melakukan simbolik pelancaran dengan mengagihkan beberapa risalah keselamatan jalan raya dan yang berkaitan keselamatan kediaman sepanjang cuti perayaan di hadapan Sekolah Kebangsaan Pusat Lawas. 

Katanya, Ops Lancar ini diadakan sehingga Ahad ini, 2 Februari, seperti juga operasi di seluruh negara.

Bagi Daerah Lawas, katanya, pemantauan dilakukan dari kawasan sempadan di Mengkalab Trusan dan Merapok yang dilihat mula aktif dengan pergerakan kenderaan dari Sabah, Brunei dan Sarawak sendiri yang melalui Daerah Lawas. 

Sehubungan itu, semua cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah dikerah turun padang untuk memantau seterusnya mengambil tindakan tegas kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.

Liong turut mengerahkan pemantauan di sungai terutama jeti pengangkutan air di bandar Lawas, pekan Sundar dan Awat-awat yang melibatkan pergerakan perahu tambang ke Wilayah Persekutuan Labuan dan Limbang. 

Hadir sama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lawas ASP Robert Ewin Peter Raig dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Mohd Syamsul Samsuddin.

ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Banjir: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam, air naik 10 lokasi di Matu
Next: Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.