Polis cari Nurul Jannah, bantu siasatan kes aniaya kanak-kanak

Facebook
WhatsApp
Nurul Jannah Roslan,26 tahun

MIRI: Polis sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, wanita itu dikenali sebagai Nurul Jannah Roslan,26, yang alamat terakhirnya  adalah di  No. 25 Jalan Indah 4, Taman Indah, Pontian, Johor.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita  tersebut diminta menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri, ASP Anuar bin Affindi di talian 019-7319540 atau 085-433730,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Keprihatinan dan kerjasama daripada masyarakat amatlah dihargai,” katanya.