Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis buru lelaki lepaskan tembakan mercun ke arah orang ramai
  • JENAYAH

Polis buru lelaki lepaskan tembakan mercun ke arah orang ramai

Utusan Sarawak 2 months ago
ACP Zulkipli Suhaili

SIBU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan mercun jenis das (buluh) ke arah sekumpulan orang ramai di sebuah restoran di Jalan Lanang, selepas insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Zulkipli Suhaili berkata kejadian berlaku pada 26 Mac lalu, kira-kira 11.00 malam dan rakaman video berdurasi satu minit lapan saat itu dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Amazing Sarawak’.

Menerusi video itu, seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat melepaskan tembakan mercun dari dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira berwarna putih ke arah pelanggan restoran berkenaan.

“Susulan video yang tular, kami menerima satu laporan polis berhubung insiden ini pada 28 Mac, kira-kira 4.05 petang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zulkipli, suspek boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis sedang mengesan suspek dan saksi lain yang terlibat dalam insiden ini.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan membahayakan keselamatan awam dan harta benda,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Serbuk campuran ecstacy antara dadah dirampas polis dalam tiga serbuan
Next: Pemandu bas ekspres ditahan, positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.