Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis buru 2 warga Indonesia positif Covid-19
  • TEMPATAN

Polis buru 2 warga Indonesia positif Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
  • NURUL HASANAH
  • DARUSSALAM

KUCHING: Pihak polis sedang mencari dua warga Indonesia yang positif Covid-19 selepas gagal ditemui di rumah kongsi mereka di Petra Jaya sejak petang Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, laporan kehilangan kedua-dua individu ini telah dibuat oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada pagi semalam.

“Kedua-dua warga Indonesia ini difahamkan membuat saringan dengan KKM pada 16 Jun lalu sebagai syarat bekerja di tapak pembinaan yang mana mereka disahkan positif selepas itu.

“Bagaimanapun, kedua-dua warga Indonesia ini didapati tiada lagi di rumah kongsi mereka semasa dikesan oleh KKM pada petang Rabu,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Aidi, operasi mencari pasangan terbabit telah dimulakan sejak malam Rabu dengan aktiviti pengesanan di beberapa tempat namun masih gagal dikesan.

Katanya, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kini sedang mengesan mereka dengan dibantu oleh anggota dari daerah-daerah bersempadanan.

Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua individu berkenaan yang dikenali sebagai Darussalam dan Nurul Hasanah diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, ujar Aidi.

Continue Reading

Previous: Rugi RM32,000 akibat pelaburan tidak wujud
Next: Polis rampas rokok seludup bernilai RM158,424

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.