Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis berkas lelaki disyaki edar dadah
  • JENAYAH

Polis berkas lelaki disyaki edar dadah

Utusan Sarawak 7 months ago

MIRI: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah pusat hiburan di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, sekitar jam 11.45 pagi.

“Hasil serbuan tersebut telah menjumpai dan merampas satu  beg silang warna hitam dan di dalam terdapat dadah disyaki Ekstasi seberat 38.90 gram.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan telah menjumpai satu beg dan satu plastik hitam berisi pelbagai jenis dadah disyaki jenis Ekstasi seberat 1960.30 gram dan dadah disyaki jenis Erimin 5 seberat 20.90 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM4,391.40,” katanya menerusi satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, turut disita adalah sebuah Perodua Myvi  berwarna perak dianggarkan bernilai RM25,000.

“Jumlah keseluruhan rampasan barang disyaki dadah dan sitaan adalah bernilai RM29,391.40,” katanya.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 39a(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali sebatan.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohohan reman dibawah Seksyen 39B ADB 1952 dan diluluskan selama  tujuh hari,” katanya.

Pihak Polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar  aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Continue Reading

Previous: Polis berjaya tangkap lelaki pecah masuk kedai, curi dalam bangunan   
Next: 22 termasuk pengurusan tertinggi GISBH didakwa hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.