Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis berkas empat warga asing
  • TEMPATAN

Polis berkas empat warga asing

Utusan Sarawak 5 years ago
RAMPASAN… Barang yang dirampas dimasukkan ke dalam trak untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Empat warga Indoensia tanpa dokumen masuk sah diberkas kerana menyeludup barang pada Ahad di sebuah kedai di Bau semasa Operasi Bersepadu Ambang Merdeka.

Seorang warga tempatan juga diberkas kerana terlibat dalam kegiatan dadah.

Warga Indonesia yang diberkas diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Ketia Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata operasi dilaksanakan bersama dengan agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Eksais dan Angkatan Tentera.

Di sebuah kedai, beberapa kotak minuman keras yang dipercayai barangan seludup dirampas dan diserah kepada Jabatan Kastam dan Eksais untuk tindakan lanjut.

Polis juga memberkas seorang lelaki yang dipercayai positif dadah dan ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Poge berkata semasa operasi, polis juga mengeluarkan beberapa saman trafik kepada pengguna jalan raya.

Beliau berkata operasi sebegini akan diteruskan bersama agensi-agensi terbabit dan meminta orang ramai supaya memberi kerjasama kepada polis.

Continue Reading

Previous: Hari Kebangsaan medan terbaik kukuh perpaduan
Next: Perpaduan, keharmonian Sarawak contoh terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.