Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Bau tahan suspek 23 tahun, rampas dadah RM31,727.04 
  • JENAYAH

Polis Bau tahan suspek 23 tahun, rampas dadah RM31,727.04 

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING : Polis Bau berjaya menangkap seorang suspek berumur 23 tahun di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dia boleh dihukum mati jika disabit kesalahan. 

Polis juga merampas 24 peket plastik lutsinar bersaiz sederhana besar dan 71 peket plastik kecil dadah seberat 991.47 gram bernilai RM31,727.04. 

Jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan untuk 4,957 orang. 

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr Daram Ruer berkata pada 25 September, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bau melancarkan operasi di Jalan Ngori, Kpg Sibuluh, Bau. 

Selepas Polis menangkap suspek, siasatan awal mendapati dia mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dia telah diuji positif dadah methamphetamine dan amphetamine. 

Harta benda yang disita ialah dua kereta bernilai RM41,000 dan sebuah motosikal bernilai RM 5,000. Suspek direman selama 7 hari sementara menunggu hasil siasatan. 

Dr Daram menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan polis Daerah Bau bagi membanteras penyalahgunaan dadah dan boleh menghubungi talian hotline 012-2087222.

Oleh Connie Chieng 

Continue Reading

Previous: Polis jejak pemandu lori guna nombor pendaftaran QTM1532
Next: Wanita cedera parah ditikam kekasih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.