Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis akan mohon sambung reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini
  • JENAYAH

Polis akan mohon sambung reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini

Utusan Sarawak 10 months ago
ABANG kepada Nur Farah Kartini Abdullah iaitu Mohd Fariza Amir Abdullah kelihatan sebak selepas sesi pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini. Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya. FotoBERNAMA

SUNGAI BULOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon untuk melanjutkan reman anggota polis disyaki terlibat kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang tamat Isnin depan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama berkata ini susulan siasatan masih lagi di peringkat awal dan terdapat banyak aspek yang belum diselesaikan.

Semalam Bernama melaporkan 26 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu termasuk rakan Allahyarham dan  rakan sekerja suspek.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6.00 petang pada 15 Julai.

Susulan itu, polis menahan seorang anggota polis berusia 26 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hari ini jenazah Nur Farah Kartini dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Keluarga Nur Farah Kartini mohon urusan tuntut jenazah dipermudah
Next: Polis serbu makmal proses kokain, rampas dadah bernilai RM9 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.