Pokok tumbang di Jalan Tasik Biru, APM Bau digerakkan

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM Bau menjalankan kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang di Jalan Tasik Biru, Bau, petang tadi. Foto APM Daerah Bau

BAU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bau digerakkan bagi menangani kejadian pokok tumbang di Jalan Tasik Biru, di sini, petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Bau menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 5.00 petang.

Susulan panggilan berkenaan, anggota APM Bau digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tindakan untuk mengalihkan pokok tumbang tersebut.

ANGGOTA APM Bau mengalihkan dahan dan pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Tasik Biru, Bau, petang tadi. Foto APM Daerah Bau

Setakat ini, tiada maklumat mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Orang ramai yang berdepan dengan sebarang kecemasan di sekitar Bau boleh menghubungi APM Bau di talian 082-762925 atau talian kecemasan 999.