Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Thailand Paetongtarn alami demam panas selepas lawatan ke Kemboja
  • GLOBAL

PM Thailand Paetongtarn alami demam panas selepas lawatan ke Kemboja

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dimasukkan ke hospital di sini, kerana demam panas sejurus pulang dari lawatan rasmi ke Kemboja. - Foto AFP

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dimasukkan ke hospital di sini, kerana demam panas sejurus pulang dari lawatan rasmi ke Kemboja, kata jurucakap kerajaan hari ini.

Paetongtarn berada di Kemboja minggu ini untuk lawatan dua hari, di mana beliau bertemu Perdana Menteri, Hun Manet untuk membincangkan kerjasama rentas sempadan membabitkan isu termasuk penipuan dalam talian dan pencemaran udara.

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan usaha memanfaatkan ASEAN sebagai platform untuk berunding dengan Presiden AS, Donald Trump mengenai tarif perdagangan.

“Selepas Perdana Menteri pulang ke rumah, dia mengalami demam panas dan berjumpa doktor. Doktor menasihatkan beliau dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh,” kata jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, jadual Perdana Menteri pada hari ini akan ditangguhkan atau diwakili timbalannya termasuk pertemuan yang dirancang dengan Ketua Pegawai Eksekutif e-dagang, Chris Feng dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Suami Paetongtarn, Pidok Sooksawas dalam hantaran di Instagram berkongsi keadaan pemimpin Thailand itu di hospital.

“Anda tidak mendengar (nasihat) sesiapa pun. Badan anda memberi amaran bahawa anda tidak boleh boleh meneruskan (kerja) ,” tulisnya dalam kapsyen.

Lawatan Perdana Menteri Thailand ke Kemboja menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara jiran itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Maradona ‘pesakit yang sukar’,  perlu dipujuk mendapatkan rawatan – pakar bedah
Next: Kek terpanjang di dunia, guna 4,000 biji telur, satu trak gula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.