Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM sumbang RM300,00 untuk alumni Maktab Mahmud
  • NASIONAL

PM sumbang RM300,00 untuk alumni Maktab Mahmud

Utusan Sarawak 3 weeks ago

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyumbangkan RM300,000 kepada inisiatif Darul Maahad yang dilaksanakan oleh Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah.

Sumbangan tersebut diumumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika hadir pada Majlis Perasmian Bangunan Rumah Maahad serta Jamuan Hari Raya Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah semalam.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) pula memberi sumbangan khas RM100,000 kepada Maktab Mahmud yang diketahui umum sebagai wadah dalam melahirkan ulama dan umara yang membantu usaha meningkatkan syiar Islam.

“Maktab Mahmud sentiasa dekat di hati Perdana Menteri dan beliau sampaikan salam kepada murid, guru, seluruh warga sekolah dan alumni Maktab Mahmud.

“Tahniah kepada alumni Maktab Mahmud yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya semasa berucap pada majlis berkenaan semalam.

Fadhlina berkata Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan mana-mana sekolah dan sentiasa komited terhadap usaha meningkatkan syiar Islam.

“Kebitaraan murid Maktab Mahmud dalam meningkatkan penguasaan, khususnya bahasa Arab perlu terus dipertahankan.

“Selain itu, Maktab Mahmud juga perlu terus meningkatkan pelaksanaan inisiatif penghayatan Hadis 40,” katanya.

Sementara itu, Fadhlina turut mengucapkan tahniah kepada negeri Kedah yang telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Menara KL dibuka semula esok
Next: PM Anwar rakam penghargaan pengorbanan warga TLDM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.