Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM lancar pas keluarga Malaysia
  • NASIONAL

PM lancar pas keluarga Malaysia

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar selepas merasmikan Pas Keluarga Malaysia di KL Sentral hari ini. Turut hadir (dari kiri) Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.??Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.??Pas tersebut membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15. Perjalanan melibatkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas).??--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

PERASMIAN… Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar selepas merasmikan Pas Keluarga Malaysia di KL Sentral semalam. Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.•Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pas tersebut membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

Beliau berkata, perjalanan melibatkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas).

“Ini bermakna setiap seorang dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari. 

“Inisiatif itu bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya, ketika melancarkan pas perjalanan tersebut di sini semalam.

Ismail Sabri juga berkata, kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan ketersambungan adalah penting bagi mobilasi Keluarga Malaysia. 

“Pengangkutan awam juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan penting dalam menjayakan Keluarga Malaysia kerana selain menjadi alat penyatuan bangsa, ia juga menjana pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri  turut mengumumkan Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana mulai Mac tahun depan yang dilaksanakan anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd ( PRIDE) yang membolehkan peniaga berniaga di sekitar lapan stesen LRT Laluan Kelana Jaya. 

Stesen tersebut adalah Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.

“Menerusi pakej ini, sejumlah 20 lot perniagaan, bersaiz 80 hingga 400 kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot, ” katanya. 

Ismail Sabri berkata, pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan yang perinciannya akan dihebahkan oleh PRIDE dalam masa terdekat. — Bernama

Continue Reading

Previous: BN menang 21 kerusi,PH lima, PN dua
Next: Pembukaan sekolah legakan ibu bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.