Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak
  • SEMASA

PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak

Utusan Sarawak 8 months ago

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri jamuan negeri di sebuah hotel terkemuka di sini sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang bermula hari ini.

Mengiringi beliau Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar serta beberapa menteri Persekutuan dan Negeri.

Petang tadi, Perdana Menteri merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang di pekarangan sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini.

Program itu dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri menerusi kerjasama strategik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air selaku kementerian peneraju serta Kerajaan Negeri Sarawak selaku tuan rumah.

Esok, Anwar dijadualkan ke Kapit di mana beliau akan meninjau beberapa projek infrastruktur Persekutuan dan menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk di bandar Kapit serta sebuah rumah panjang berdekatan.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat – PM
Next: PM luluskan pembesaran Lapangan Terbang MiriĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.