PM Anwar, menteri Kabinet hadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025

Facebook
WhatsApp
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan jemaah menteri. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan menteri Kabinet menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Anwar yang diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pentas diraja pada 7.52 pagi bagi menyaksikan perarakan serta persembahan sempena sambutan tahun ini.

Terdahulu, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing tiba pada 7.44 pagi dan 7.40 pagi.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta ahli Kabinet yang lain.

Sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” itu juga dihadiri timbalan-timbalan menteri, dif-dif kehormat dan perwakilan asing.

Perarakan dan persembahan tahun ini menyaksikan penglibatan 14,062 peserta, 81 kontinjen, 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta 116 haiwan dalam perkhidmatan awam.

-Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan