Mahasiswa bebas bersuara termasuk kritik Perdana Menteri – Anwar

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada program Temu Anwar bersama Wira Muda Negara @ PLKN 3.0 di Cawangan Latihan Khidmat Negara 515 hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 November: Kerajaan bersedia membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan mahasiswa untuk menyuarakan pandangan serta teguran secara bebas termasuk mengkritik Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu boleh dilakukan selagi tidak melangkaui batas undang-undang atau berunsur keganasan.

Sehubungan itu, beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memansuhkan peraturan yang menyekat kebebasan bersuara mahasiswa akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.

Anwar berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi membolehkan langkah pemansuhan sekatan itu disegerakan.

“Baru-baru ini saya dah beritahu Menteri Pendidikan Tinggi, peraturan yang menyekat kebebasan mahasiswa berbicara itu harus dihapuskan.

“Jadi dalam tempoh satu dua minggu ini kita akan bentangkan di Parlimen,” katanya pada program Temu Anwar bersama Wira Muda Negara @ PLKN 3.0 di Cawangan Latihan Khidmat Negara 515 di sini hari ini.

Pada Ogos lepas, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan AUKU kerana biarpun beberapa pindaan telah dibuat sebelum ini, ia masih belum memenuhi sepenuhnya kehendak dan aspirasi mahasiswa.

AUKU sudah tujuh kali dipinda sejak ia diperkenalkan pada 1971, dengan pindaan pada 2012 membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.- Bernama

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU, 14 November: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berhasrat memperkenalkan program ijazah perubatan bagi memperluas penawaran akademiknya, sekali gus menyumbang kepada