Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar kongsi video lawatan Presiden Kosovo di Malaysia
  • NASIONAL

PM Anwar kongsi video lawatan Presiden Kosovo di Malaysia

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu pada Istiadat Sambutan Rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi klip video memaparkan lawatan rasmi Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu ke Malaysia bermula Khamis lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, video berdurasi tiga minit 10 saat itu antara lain memaparkan Osmani memeriksa kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) ketika diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra diikuti pertemuan dua hala dengan Anwar.

 Turut dipaparkan penganugerahan Order of Independence, anugerah awam tertinggi Kosovo, kepada Anwar oleh presiden Osmani.

Menerusi catatan pada hantaran video itu, Anwar berkata kunjungan tamu kenegaraan Presiden Republik Kosovo dan delegasi ke Malaysia itu mencerminkan semangat persahabatan dan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara.

“Moga lawatan ini membuka lebih banyak peluang strategik antara kedua-dua negara lantas memperkukuh ikatan persahabatan dan membuka lembaran baharu dalam kerjasama Malaysia-Kosovo,” katanya.

Osmani dan delegasinya tiba di Malaysia pada 1 Mei lepas untuk lawatan rasmi empat hari.

Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008, menjadikannya antara negara Asia terawal berbuat demikian. Hubungan diplomatik kedua-dua negara dimeterai pada 18 Mac 2011. -Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor falsafah
Next: Monsta lancar treler Papa Zola The Movie, raih perhatian luar biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.