KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja ke Sarawak selama dua hari bermula esok hingga Jumaat.
Beliau dijangka menghadiri Majlis Jamuan Negeri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kenamaan lain di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam esok.
Pada hari kedua pula, Anwar dijadualkan menghadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Anwar juga akan bersama-sama rakyat jelata menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kuching.
Pada sebelah petangnya, beliau dijangka menghadiri Program Jelajah Kerajaan Perpaduan-Kenduri Rakyat di Kubah Ria.
Oleh NUR AIN OTSMAN