Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PKS, syarikat pemula digalak mohon Geran LiKES – TalentCorp
  • BISNES

PKS, syarikat pemula digalak mohon Geran LiKES – TalentCorp

Utusan Sarawak 1 year ago
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
Thomas Mathew

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) Thomas Mathew dalam kenyataan berkata, LiKES yang dilancarkan semalam membolehkan syarikat terlibat melatih bakat tempatan menerusi latihan industri dengan mengoptimumkan insentif disediakan kerajaan bagi meringankan beban mereka. 

“Aspek utama pengukuhan penyaluran permintaan dan bekalan tenaga kerja terletak pada pelaksanaan latihan industri yang berstruktur. Latihan industri yang berstruktur berperanan sebagai salah satu strategi utama untuk membangunkan bakat yang berkualiti. 

“Ia juga berperanan mengurangkan pengangguran belia, menangani ketidakpadanan kemahiran dan guna tenaga tak penuh, serta meningkatkan kemahiran bakat untuk memenuhi keperluan industri semasa dan masa depan,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Steven Sim melancarkan LiKES yang merupakan inisiatif baharu di bawah TalentCorp, melibatkan keseluruhan geran padanan RM30 juta oleh kerajaan yang akan memanfaatkan 30,000 pelatih amali.  

Geran padanan LiKES merangkumi tempoh latihan sehingga enam bulan dengan pemohon berkelayakan perlu menawarkan penempatan latihan sekurang-kurangnya 10 minggu dan menyediakan elaun minimum latihan industri.

Thomas berkata, peningkatan pelajar di institut pengajian tinggi menyebabkan mereka yang perlu menjalani latihan industri melebihi 277,000 orang setiap tahun justeru terdapat keperluan untuk menyemak semula latihan itu termasuk kesediaan syarikat dalam menawarkan penempatan kepada pelajar. 

Beliau berkata, bengkel berkaitan hala tuju latihan industri negara anjuran TalentCorp pada Julai tahun lepas mendapati tidak semua syarikat dapat menyediakan latihan industri berstruktur dengan elaun atas pelbagai sebab. 

Sehubungan itu, LiKES katanya ialah langkah intervensi proaktif untuk membangunkan dan mempersiap bakat muda sama ada pelajar universiti atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi keperluan industri ke arah merangsang ekonomi PKS, pasaran kerja dan saluran bakat.

“LiKES juga bertujuan meringankan kos sara hidup pelatih industri terutamanya kepada mereka di bandar besar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru iaitu lokasi kebanyakan penempatan latihan industri ditawarkan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.