Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PKMB Limbang agih bantuan bakul makanan
  • Utara
  • WILAYAH

PKMB Limbang agih bantuan bakul makanan

Utusan Sarawak 7 months ago
PEK BANTUAN… PKMB Limbang bersama APM Limbang menyerahkan 66 pek bantuan makanan kering kepada mangsa terputus hubungan susulan banjir di Kampung Tanjong Ungar.

LIMBANG: Sebanyak 66 pek bantuan bakul makanan diagihkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Limbang kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Tanjong Ungar hari ini.

PKMB Limbang dalam perkongsian di laman sosial berkata, pek bantuan bakul makanan itu diserah pihaknya bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang kepada mangsa terputus hubungan sebelum ini.

“Bantuan bakul makanan telah diagihkan dan diserahkan kepada Ketua Kampung Tanjung Ungar Kabul Usok untuk diagihkan kepada semua penduduk yang terjejas,”katanya dalam perkongsian itu.

Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, keadaan banjir di Kampung Tanjong dan Kampung Tanjong Ungar di kawasan Batu Danau beransur surut pada Jumaat.

“Hasil pemantauan di Kampung Tanjong dan Kampung Tanjong Ungar mendapati jalan utama dapat dilalui kenderaan kecil dan air beransur surut berbanding pemantauan sebelumnya.

“Penduduk dinasihati untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat,” katanya dalam kenyataan media.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat landa Rh Adam Ongie
Next: Tingkatkan kesedaran kepentingan pertolongan cemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.