Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Thomas: Misi runtuhkan Tembok Besar China menanti Malaysia di suku akhir
  • SUKAN

Piala Thomas: Misi runtuhkan Tembok Besar China menanti Malaysia di suku akhir

Utusan Sarawak 6 hours ago
AKSI Beregu Lelaki negara Man Wei Chong dan Tee Kai Wun ketika menentang Alex Green dan Zach Russ dari England pada aksi Kumpulan B, Piala Thomas dan Uber di Forum Horsens.

HORSENS: Skuad badminton lelaki negara bakal berdepan laluan berliku selepas diundi bertemu juara bertahan China pada saingan suku akhir Piala Thomas 2026 di Forum Horsens, di sini esok.

Malaysia mara ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan B manakala China pula layak ke peringkat sama sebagai juara Kumpulan A.

Keputusan undian hari ini juga menyaksikan Malaysia berpeluang membalas dendam ke atas juara 11 kali itu selepas tumpas 1-3 pada aksi separuh akhir edisi 2024 yang berlangsung di Chengdu.

Malaysia, juara lima kali memulakan kempen Piala Thomas kali ini dengan menang tipis 3-2 ke atas England, diikuti kemenangan 4-1 ke atas Finland sebelum tewas 2-3 kepada Jepun.

Dalam pada itu, tuan rumah Denmark yang merupakan naib juara Kumpulan C akan bertemu juara Kumpulan D Thailand. 

Sementara itu, Jepun yang juga juara 2014 akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan D Perancis.

Juara Kumpulan C Taiwan yang mengintai peluang layak ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut akan menentang naib juara Kumpulan A dan juara edisi 2022 India.

Piala Thomas 2026 yang bermula 24 April lepas akan berlangsung hingga 3 Mei ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Azizulhasni, PKBM terima anugerah BrandLaureate
Next: Piala Uber: Tembok China kebal, hajat Malaysia terhenti di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.