Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Sudirman: Pengalaman berharga buat Jun Hao, Letshanaa – Jonassen
  • SUKAN

Piala Sudirman: Pengalaman berharga buat Jun Hao, Letshanaa – Jonassen

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KENNETH Jonassen.

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen menyifatkan kekalahan skuad negara 0-3 kepada China dalam suku akhir Piala Sudirman hari ini sebagai satu pengalaman berguna buat dua pemain muda perseorangan negara Leong Jun Hao dan K. Letshanaa.

Menurut Jonassen, kedua-dua pemain menunjukkan potensi untuk digilap namun masih memerlukan masa serta pendedahan bagi mencapai tahap permainan bertaraf dunia.

“Saya sedar perlawanan menentang China bukan tugas mudah. Sebagai jurulatih, kami tidak pernah berhenti berharap, namun China tampil dengan kekuatan sebenar mereka.

“Untuk mengatakan saya berpuas hati mungkin keterlaluan, tetapi saya melihat beberapa perkara positif. Dalam masa sama, masih banyak yang perlu diperbaiki,” katanya kepada Bernama.

Dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, Jun Hao tewas kepada pemain No. 2 dunia, Shi Yu Qi 6-21, 14-21 manakala Letshanaa gagal memberi tentangan kepada juara Olimpik Tokyo 2020, Chen Yu Fei apabila tumbang 8-21, 7-21 dalam masa 32 minit.

Terdahulu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memulakan perlawanan dengan kekalahan 17-21, 17-21 kepada pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam masa 49 minit.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu negara, Rexy Mainaky berkata gandingan Tang Jie-Ee Wei masih memiliki keserasian namun prestasi Ee Wei di jaring dilihat perlu dipertingkat, khususnya ketika set pertama yang memberi kelebihan kepada lawan.

“Masih ada ruang untuk diperbaiki, terutamanya dari segi ketenangan Ee Wei ketika mengawal permainan di jaring,” katanya.

Rexy turut menjelaskan keputusan menurunkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika menentang Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan C semalam adalah berdasarkan strategi pasukan.

“Ini adalah kejohanan berpasukan. Saya serahkan kepada barisan jurulatih untuk menentukan siapa yang paling sesuai diturunkan. Sekiranya kita menang menentang Jepun, isu ini mungkin tidak timbul,” katanya.

Malaysia tewas 2-3 kepada Jepun dalam aksi tersebut dengan Aaron-Wooi Yik kalah kepada gandingan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-12, 20-22, 21-23.

Dengan kekalahan itu, Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan C dan diundi menentang juara Kumpulan A, China pada suku akhir hari ini.

Harapan Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Sudirman buat kali ketiga berturut-turut berkubur apabila tunduk 0-3 kepada China. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot anggap detik terindah dalam hidupnya lihat Liverpool juara EPL
Next: Aira mara ke final Terbuka Bermuda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.