Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Sudirman 2025: Malaysia ke suku akhir selaku naib juara kumpulan C
  • SUKAN

Piala Sudirman 2025: Malaysia ke suku akhir selaku naib juara kumpulan C

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BEREGU wanita negara Pearly Tan-M Thinaah.

KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk mengungguli Kumpulan C tidak kesampaian apabila tunduk 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kejohanan badminton Piala Sudirman 2025 di Gimnasium Fenghuang, Xianmen, China hari ini.

Setelah mendahului dengan kedudukan 2-0, momentum skuad negara goyah apabila Jepun bangkit dengan aksi bertenaga mendominasi tiga perlawanan 2025 lebih agresif,” katanya menerusi rakaman audio dikongsi oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pada perlawanan hari ini, Malaysia mengutip mata pertama menerusi gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan kombinasi bidan terjun atau scratch pair Hiroki Midorikawa-Arisa Igahashi 21-19, 21-18 dalam 39 minit.

Momentum itu diteruskan oleh perseorangan lelaki Leong Jun Hao yang mengejutkan pemain di ranking kelapan dunia Kodai Naraoka 21-8, 13-21, 21-18 untuk menggadakan mata buat skuad negara.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata beliau mengekalkan strategi sama seperti sebelum ini untuk berdepan jaguh Jepun itu, yang terbukti berkesan sekali gus memberikan kemenangan keempat daripada lima pertemuan dengan Naraoka.

Perseorangan wanita Jepun Tomoka Miyazaki mula mencalar kecemerlangan Malaysia apabila mengatasi Goh Jin Wei 21-14, 21-17 sebelum Taruko Hoki-Yugo Kobayashi menyamakan kedudukan apabila menewaskan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-12, 20-22, 21-23.

Malaysia menewaskan Perancis 5-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C sebelum menewaskan Australia 4-1 pada aksi kedua.

Undian suku akhir Piala Sudirman 2025 akan berlangsung selepas semua perlawanan peringkat kumpulan tamat hari ini. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Yellow Tiger juara keseluruhan Olahraga Tahunan ke-58 SMK Lawas 2025
Next: Piala Sudirman 2025: Malaysia diundi bertemu China pada suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.