Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Perpaduan Sambir ditunda
  • SUKAN

Piala Perpaduan Sambir ditunda

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGERUSI KBSB…Jalek@Lapok.

TEKA-teki status penganjuran temasya tertua di Negeri Sarawak, Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan, Piala Pusingan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.15 Asajaya, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah 2020 Edisi Ke-54 akhirnya terjawab.

Pengerusi Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Jalek@Lapok Jafar memberitahu, keputusan telah dicapai pada satu mesyuarat khas pihaknya menerusi video atas talian baru-baru ini yang bersetuju menunda kejohanan itu ke tahun hadapan .

“Kita telah mencapai kesepakatan pada mesyuarat tempoh hari dan bersetuju menunda kejohanan itu ke tahun hadapan,” ujar beliau.

Jalek turut mengakui pihaknya tidak keberatan untuk menangguh kejohanan itu memandangkan keadaan yang masih tidak mengizinkan.

Menurut beliau, pendekatan dilakukan itu mengambil kira situasi serta keadaan semasa yang masih belum selamat ekoran penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.

Ia juga sejajar dengan gesaan pihak kerajaan yang masih tidak membenarkan acara sukan bola sepak dilangsungkan.

Apa pun tegas Jalek, pihaknya berharap masalah yang menimbulkan ketakutan di kalangan umum itu dapat lenyap secepat mungkin.

Kejohanan terbabit yang dianjurkan KBSB dan berpangkalan di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya kebiasaannya bermula pada hari ketiga (Hari Raya Aidilfitri).

Continue Reading

Previous: Sangat ‘aneh’ tanpa peminat
Next: Barca mulakan latihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.