Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia: Jepun mahu tunjuk peningkatan menentang Belanda
  • SUKAN

Piala Dunia: Jepun mahu tunjuk peningkatan menentang Belanda

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, menghadiri sidang media menjelang perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2026 antara Jepun dan Belanda di Dallas. Foto AFP

ARLINGTON: Pengurus Jepun Hajime Moriyasu menggesa para pemainnya untuk menunjukkan hasil kerja keras mereka sepanjang tiga tahun setengah yang lalu apabila turun menentang Belanda dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 4.00 pagi esok (waktu Malaysia), lapor Berita Kyodo.

Bercakap di Stadium Dallas sehari sebelum aksi Kumpulan F itu, Moriyasu berkata skuad Samurai Blue yang berada di kedudukan ke-18 dunia, telah berusaha untuk tampil lebih proaktif sejak kejohanan di Qatar pada 2022, menyaksikan mereka didominasi pada awal permainan oleh Jerman dan Sepanyol sebelum bangkit menewaskan kedua-dua pasukan itu pada babak kedua.

“Kami mempunyai taktik asas, manakala kami kini juga boleh bermain dengan banyak pilihan yang diberikan kepada pemain oleh barisan jurulatih,” kata Moriyasu.

“Ia bukan sekadar menterjemahkan gaya permainan yang kami gemari, tetapi juga melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasukan lawan.

“Selepas turut menewaskan Amerika Syarikat (AS) di tempat sendiri dan England di tempat lawan dalam perlawanan persahabatan sejak Oktober lepas, Moriyasu berkata negaranya tidak boleh lagi mengharapkan lawan yang berada di kedudukan lebih tinggi untuk memandang rendah keupayaan mereka.

“Mereka memberikan sedikit ruang untuk kami manfaatkan pada kejohanan lepas, tetapi kali ini mereka pasti akan menganalisis dan lebih berwaspada terhadap kami,” kata pengurus itu.

“Memandangkan Jepun kini bersaing di peringkat dunia, tiada lagi peluang untuk perkara itu (dipandang rendah) berlaku.

“Kebanyakan topik sebelum perlawanan tertumpu kepada ketiadaan kapten Wataru Endo daripada skuad sebelum beliau mengumumkan persaraan antarabangsa serta-merta, dan Moriyasu, yang membuat keputusan muktamad itu berdasarkan laporan pasukan perubatan, memohon maaf atas perkara berkenaan.

“Saya tahu saya sedang menyampaikan sesuatu yang amat perit kepada pemain itu,” kata Moriyasu.

“Apabila saya bercakap dengan Wataru, walaupun saya tidak tahu apa yang terbuku di fikirannya, beliau mendengar penjelasan saya dengan sangat tenang dan kami berbincang secara baik.”

“Saya memohon maaf kerana melakukan sesuatu yang turut mengguris hati keluarganya yang tersayang serta orang ramai yang menyokong beliau… Keputusan ini dibuat demi pasukan, demi Jepun, tanpa melupakan rasa hormat terhadap pemain itu.”

Sementara itu, pengurus Belanda Ronald Koeman, yang merupakan kapten pasukan mereka pada Piala Dunia terakhir di AS pada 1994 ketika tersingkir di suku akhir kepada juara bertahan Brazil, berwaspada dengan ancaman Jepun namun tetap yakin dengan skuadnya yang berada di kedudukan kelapan dunia.

“Gaya permainan (Jepun) adalah menyerang. Saya lebih suka untuk tidak bercakap tentang individu pemain,” katanya.

“Kami tahu Jepun mempunyai kekuatan dari segi stamina fizikal untuk bermain dengan tenaga penuh selama 90 minit, tetapi kami juga tahu di mana letaknya peluang kami.”

“Terdapat detik wujudnya ruang yang boleh kami manfaatkan, dan begitu juga dengan Jepun… Kami menghormati mereka kerana mereka telah mencapai keputusan yang sangat baik sejak kebelakangan ini, jadi kami tahu siapa yang kami hadapi dan kami sudah bersedia untuk itu.” – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Dua lelaki didakwa curi peralatan latihan Piala Dunia England
Next: Zaidatul husniah tarik diri sertai terbuka Malaysia kerana hamil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.