PGA Sarawak, KKM rampas vape bernilai RM160,717 dalam operasi bersepadu seluruh negeri

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SEKITAR Op Bersepadu E-Cigarette Sarawak pada 15 Julai lalu.

KUCHING: Sebanyak 14 premis di seluruh Sarawak dikesan disyaki terlibat dalam penjualan dan pengedaran rokok elektronik yang melanggar peruntukan undang-undang dalam operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan pada 15 Julai lalu.

Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Lim Bak Phai, berkata Op Bersepadu E-Cigarette Sarawak dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata operasi itu melibatkan 88 pegawai dan anggota PGA Sarawak, 58 pegawai KKM serta 15 pegawai PBT bagi membanteras aktiviti penjualan dan pengedaran peranti rokok elektronik yang menyalahi peraturan serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang.

“Sebanyak 30 premis telah diperiksa di daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Betong, Mukah, Sibu, Miri dan Limbang. Hasil pemeriksaan mendapati 14 premis disyaki terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang, manakala 32 pekerja premis turut diperiksa,” katanya.

Menurut Lim, premis yang dikesan masing-masing melibatkan satu di Padawan, satu di Lundu, lima di Betong, tiga di Mukah, dua di Sibu dan dua di Miri.

Beliau berkata sebanyak 1,279 unit peranti vape, 19.24 liter cecair vape serta pelbagai jenis rokok dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM160,717.60.

Katanya, Briged Sarawak PGA bersama KKM dan PBT akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bersepadu dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penjualan serta pengedaran rokok elektronik secara tidak sah.

Empat buruh positif dadah ditahan di Lawas

TANGKAPAN DADAH….suspek yang positif dadah ditahan untuk tindakan lanjut. Foto IPD Lawas LAWAS: Sepasukan polis menahan tiga lelaki tempatan berusia