Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PFM Bintulu sampaikan sumbangan untuk Kejohanan Petanque Penjara Sarawak 2025
  • Utara
  • WILAYAH

PFM Bintulu sampaikan sumbangan untuk Kejohanan Petanque Penjara Sarawak 2025

Utusan Sarawak 4 months ago
WAKIL PFM Bintulu Chapter bersama pegawai Penjara Bintulu merakamkan gambar kenangan sebagai tanda kerjasama erat.

BINTULU: Prison Fellowship Malaysia (PFM) Bintulu Chapter menyampaikan sejumlah sumbangan sempena penganjuran Kejohanan Petanque Penjara Sarawak 2025 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 2 Februari di Arena Petanque Jepak, di sini.

SUMBANGAN… Chiew Gi Fu (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hasbullah Berahim sebagai simbolik sokongan kepada Kejohanan Petanque Penjara Sarawak 2025.

Sumbangan itu diserahkan oleh Timbalan Pengerusi PFM Bintulu Chapter, Chiew Gi Fu kepada Penolong Pengarah Penjara Bintulu, Hasbullah Berahim di Pusat Koreksional Bintulu di sini, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, Kejohanan Petanque Penjara Sarawak 2025 bertujuan memilih wakil Sarawak bagi Sukan Petanque Jabatan Penjara Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Kuching pada 21 hingga 23 Februari ini.

Seramai 120 pemain dari institusi penjara di seluruh Bahagian Sarawak dijangka menyertai kejohanan tersebut yang hanya melibatkan kakitangan penjara.

Selain itu, program sukan khas akan dianjurkan untuk penghuni penjara sempena bulan sukan.

Hasbullah dalam kenyataan itu mengucapkan penghargaan kepada PFM Bintulu Chapter atas sokongan yang diberikan kepada Penjara Bintulu sebagai penganjur acara berkenaan.

Sementara itu, Chiew berharap inisiatif tersebut akan mengukuhkan kerjasama dan memudahkan perancangan aktiviti kolaboratif pada masa hadapan.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntuk RM1.11 juta laksana 15 projek RTP kawasan DUN Engkilili   
Next: Tiga sindiket kripto tumpas di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.