Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Petronas sumbang peralatan untuk Klinik Kesihatan Kapit 
  • WILAYAH

Petronas sumbang peralatan untuk Klinik Kesihatan Kapit 

Utusan Sarawak 6 months ago

TERIMA KASIH.....Nanta menyaksikan upacara penyerahan peralatan perubatan asas daripada Petronas kepada Klinik Kesihatan Kapit.

KAPIT: Petronas hari ini menyerahkan peralatan perubatan asas untuk Klinik Kesihatan Kapit bernilai lebih RM50,000 bagi menyokong keperluan dan operasi harian klinik. 

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, antara peralatan perubatan dan bukan perubatan yang disumbangkan adalah syringe pump yang berfungsi membantu memudahkan tugas memasukkan ubat ke dalam picagari, Pemantau Tanda Penting, kerusi roda, kerusi pejabat dan dispenser air.

Menurutnya, program ini bertujuan untuk menaik taraf fasiliti kesihatan sedia ada dengan menyumbang peralatan asas perubatan kepada 26 Klinik Kesihatan Desa di seluruh Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM 1.3 Juta hasil kerjasama bersama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (Sabati).

“Kesihatan merupakan aset paling berharga dalam kehidupan kita dan merupakan asas kesejahteraan individu dan masyarakat. 

“Oleh itu, Petronas dan Sabati mengambil langkah yang efektif dengan menyediakan kemudahan kesihatan yang berkualiti serta mudah diakses kepada komuniti luar bandar di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Discover Petronas @ School (jangkauan) Kapit di Dewan Masyarakat Melayu Kapit, hari ini.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berbangga dengan usaha Petronas untuk menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui program tersebut.

Katanya, usaha ini amat penting kerana pendidikan STEM boleh menyumbang ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai literasi STEM serta membekalkan tenaga kerja STEM berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang kepada inovasi baru.

“Inisiatif ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum,” katanya.

Nanta berkata, program impak sosial Petronas adalah komprehensif dan menyeluruh merangkumi seluruh aspek penting seperti teras pendidikan, kesejahteraan komuniti dan alam sekitar. 

Katanya, kerjasama antara kerajaan, Petronas dan pihak berkepentingan lain adalah untuk mewujudkan visi yang sama iaitu untuk mengekalkan kemakmuran dan kelestarian negara bagi generasi masa depan.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa Limbang perlu lebih promosi
Next: Kepayahan hidup, Hope Placa hulur bantuan makanan asas secara berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.