Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Petronas sahkan kebakaran di saluran paip utama PGB berhampiran Puchong
  • KEBAKARAN

Petronas sahkan kebakaran di saluran paip utama PGB berhampiran Puchong

Utusan Sarawak 2 months ago
SITUASI terkini sekitar laluan menghala ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi ini. Laluan menghala ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana ditutup kepada orang ramai oleh pihak polis bagi memastikan keselamatan awam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi. Operasi pemadaman kini sedang giat dijalankan. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi ini.

Katanya saluran paip yang terjejas telah diasingkan dan semua pihak berkepentingan yang berkaitan telah dimaklumkan. 

“Kawasan di sekitar stesen minyak tidak terjejas. 

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan keadaan dan kami akan memberikan maklumat tambahan dalam masa terdekat berikutan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Petronas berkata tiga stesen minyak berhampiran iaitu PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari tidak terjejas, sebaliknya ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga. 

“Pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk mengisi minyak kenderaan mereka – PS USJ 20, USJ 6 dan USJ 9,” katanya.

Petronas memberi jaminan bahawa keselamatan komuniti sekitar, kelestarian alam sekitar dan bekalan gas kepada negara terus menjadi keutamaannya. – Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Petronas confirms fire incident at PGB main pipeline near Puchong
Next: Insiden kebakaran tular di media sosial tidak berlaku di stesen minyak Petronas Dagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.