Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PETRONAS Carigali  disokong JKM salur bantuan makanan kepada 80 keluarga  
  • SEMASA

PETRONAS Carigali  disokong JKM salur bantuan makanan kepada 80 keluarga  

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Sebanyak 80 keluarga di Bintulu dan Miri menerima bantuan makanan sebagai sebahagian daripada Program Mengangkat Kehidupan: Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Sarawak Asset) dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Bantuan itu merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, susu pekat, sos tomato, mi, kopi, oat, limau mandarin, dan produk kebersihan, yang diagihkan kepada keluarga yang memerlukan. 

Di Bintulu, kawasan yang menerima sumbangan termasuk Kemena Land District, Tanah Perkuburan Cina Batu 2, San San Garden, dan beberapa lokasi lain.

Program tersebut turut dilaksanakan di Miri minggu lalu, melibatkan kawasan seperti Kampung Tudan Lot, Pujut 1, dan Kampung Pujut Padang Kerbau. 

Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sdn Bhd-Sarawak Asset merangkap Ketua Sarawak Asset, Noriani@ Yati Mohamad berkata, musim perayaan memberi peluang untuk bersatu dengan keluarga dan menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

“PETRONAS, dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, berusaha untuk memainkan peranannya dalam menyambut kegembiraan perayaan dan menyebarkan kehangatan kepada individu dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PETRONAS komited untuk terus bekerjasama dengan JKM Sarawak bagi memastikan sokongan berterusan diberikan kepada golongan yang memerlukan, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya. 

Difahamkan, program seumpama itu akan diperluas ke daerah dan wilayah lain dalam beberapa minggu akan datang bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menyokong masyarakat yang kurang bernasib baik.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PUSAKA terima kunjungan hormat fakulti UPM
Next: Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 123 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.