
MIRI: Kejadian yang tular di media sosial memaparkan kepulan asap dan api di kawasan laut berhampiran Miri hari ini disahkan berpunca daripada sambaran petir pada sebuah saluran pengudaraan di kemudahan luar pesisir.
Berdasarkan maklumat daripada Ketua Keselamatan Petronas, sambaran petir itu telah menyambar gas pada saluran pengudaraan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya.
Terdahulu, rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal dan api di laut berhampiran Miri tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Oleh Liong Chai Ling