Premier Sarawak terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu, Datuk Mohamad Zainal

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Kunjungan rasmi itu merupakan pertemuan pertama beliau dengan Premier Sarawak selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak berkuat kuasa 29 September lalu, menggantikan Dato’ Mancha Ata yang bersara wajib.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

Pertemuan yang berlangsung lebih 30 minit itu turut dihadiri Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Abdul Wahab Rahim.

-UKAS