Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PESTASA hantar penyertaan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025
  • SUKAN

PESTASA hantar penyertaan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AWANGKU Hafizi Awang Azahari (tengah) bersama exco PESTASA semasa ditemui semasa majlis Ramah Tamah anjuran Medan Selera Awada, malam ini. -Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA) telah mengesahkan penyertaan pasukannya di Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Jun depan.

Presidennya, Awangku Hafizi Awang Azahari mendedahkan skuad Sri Aman bakal menghantar dua regu iaitu regu lelaki terbuka dan satu regu belia bawah 20 tahun.

“Ya, Sri Aman akan menghantar penyertaan iaitu dua regu di Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang diadakan pada Jun nanti di Kota Samarahan.

“Kita akan mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama-sama barisan exco PESTASA bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk barisan kejurulatihan, pemain dan sebagainya untuk penglibatan pasukan Sri Aman dalam kejohanan yang diadakan di Kota Samarahan itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Ramah Tamah anjuran Medan Selera Awada, malam ini.

Awangku Hafizi berkata sasaran pasukan ke kejohanan itu nanti akan diputuskan selepas mengadakan perbincangan bersama exco serta barisan kejurulatihan.

“Saya berharap pasukan Sri Aman pada musim ini dapat memberi saingan yang hebat kepada pasukan dari bahagian-bahagian lain, bersandarkan latihan yang diadakan dan diharap kesemua pemain yang terpilih itu nanti sudah bersedia sepenuhnya,” ujarnya.

Terdahulu, Bahagian Samarahan dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Jun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Dato Ismail Abg Saufi sambil menambah pihaknya sedang menilai dua lokasi sebagai venue kejohanan iaitu Stadium Tertutup Samarahan atau Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Turut hadir Timbalan Presiden PESTASA, Zaidil Ripin, Bendahari PESTASA, Iswandi Kassim serta exco PESTASA.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Air minuman dicurah atas kepala Salah bukan alkohol
Next: Tahniah kepada Liverpool – Klopp

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.