Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Benak 2024 menjanjikan pelbagai acara menarik pada 29 Nov-1 Disember
  • TEMPATAN

Pesta Benak 2024 menjanjikan pelbagai acara menarik pada 29 Nov-1 Disember

Utusan Sarawak 7 months ago

SIMANGGANG: Sejumlah 16 acara telah disahkan akan berlangsung sepanjang sambutan Pesta Benak Sri Aman 2024 bagi edisi ke-21 di Bandar Simanggang bermula 29 November hingga 1 Disember ini.

Siaran media Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Benak Sri Aman 2024, hari ini, berkata salah satu daripada 16 acara tersebut iaitu Benak ‘Road Trail Run’ telah diadakan semalam.

“Tujuh daripada 16 acara itu adalah Regata Benak Batang Lupar, Miss Tourism Benak 2024, pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung, ‘Battle of the Band’, Benak Idol, Fotografi dan pameran pembangunan.

“Enam lagi acara adalah Pameran dan Gerai Jualan Usahawan Majlis Pembangunan Usahawan (MPUB), Pentas Kebudayaan, Konsert Benak, Pertunjukan Luncur Benak dan Kayuhan Santai Basikal Benak,” katanya.

Baki tiga kagi acara yang turut diselitkan dalam pesta itu adalah Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bersama Komuniti Benak, Bazaar Ria Benak dan Pertunjukan Bunga Api iaitu acara akhir penutup pesta.

Majlis Praperasmian Pesta Benak Sri Aman 2024 ini akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan di Pentas Utama Pesta Benak pada jam 10 pagi, 29 November.

Majlis Perasmian Pesta Benak Sri Aman 2024 pula akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga di pentas berkenaan pada jam 10.30 pagi, 30 November.

“Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2024 ini pula akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada jam 10.30 pagi, 1 Disember,”katanya.

Terdahulu, tarikh asal penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2024 bagi edisi ke-21 adalah dari 15 hingga 17 November ini namun terpaksa ditangguhkan atas sebab tidak dapat dielakkan.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada SCaT 2024 
Next: Anak Ahli Parlimen Serian meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.