Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pesta Benak 2024: Bandar Simanggang dibanjiri orang ramai
  • SEMASA

Pesta Benak 2024: Bandar Simanggang dibanjiri orang ramai

Utusan Sarawak 5 months ago

Orang ramai membanjiri kawasan Tebingan Sri Aman sempena Pesta Benak 2024

SIMANGGANG: Bandar Simanggang terus dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara sempena Pesta Benak Sri Aman 2024 edisi ke-21 di Tebingan Sri Aman di sini.

Fenomena benak iaitu ombak besar yang terbentuk ketika air pasang yang berlaku di Sungai Batang Lupar di sini, semakin menarik perhatian ramai semua pengunjung

Sejak fenomena alam semula jadi itu dijadikan sebagai pesta pada 2001, semakin ramai pelancong dari Semenanjung, Sabah malah dari negara luar berkunjung ke sini untuk menyaksikan sendiri keajaiban ombak besar yang berlaku tanpa bantuan angin itu.

Sementara itu, tinjauan wartawan Utusan Sarawak mendapati orang ramai berkunjung ke tapak pesta bukan hanya menyaksikan acara utama Pesta Benak, sebaliknya kemeriahan Bazaria Benak dan Jualan Kraftangan antara tumpuan utama pengunjung.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut mencuri tumpuan pengunjung antaranya Fun Ride Benak 2024, Regata Benak Batang Lupar, 

Pentas Kebudayaan Benak, Pertandingan Seni Suara Burung dan Kicauan Burung berlangsung di pekarangan Dewan Suarah Sri Aman serta pameran agensi-agensi kerajaan.

Sehubungan itu, aktiviti yang turut mencuri tumpuan pengunjung adalah pertunjukan Luncur Air Benak.

Tidak kurang juga pertandingan Ratu Pelancongan Benak 2024 yang berlangsung di Pentas Utama Kebudayaan juga turut menjadi tumpuan pengunjung.

Justeru, Pesta Benak 2024 bakal diakhiri dengan pertunjukkan bunga api pada sebelah malam ini di Tebingan Sri Aman malam ini.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: 6 negara destinasi penerbangan setelah MASwings milik Sarawak
Next: Khazanah Kasihnya Warisan dinobat Raja Sungai Batang Lupar 2024, raih RM25,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.