Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peserta Bengkel Kek Lapis Premium terima sijil
  • TEMPATAN

Peserta Bengkel Kek Lapis Premium terima sijil

Utusan Sarawak 5 years ago
MENYAMPAIKAN… Dennis Ngau (dua, kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta (empat, kanan) Bengkel Membuat Kek Lapis Premium di Stadium Miri, semalam.

MIRI : Bengkel Membuat Kek Lapis Premium anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak selama dua hari dan disertai oleh 30 belia berakhir di sini semalam.

Bengkel itu bertujuan mendedahkan ilmu dalam pembuatan kek lapis premium di samping menggalakkan generasi belia menceburi bidang keusahawanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau yang menyempurnakan majlis penutupan bengkel itu di Stadium Tertutup Miri di sini semalam menyampaikan sijil kepada para peserta.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk sentiasa memperbaiki kebolehan rakyat, memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk terus meningkatkan kemahiran ekonomi dan sebagainya.

“Saya berharap para peserta bengkel ini dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman melalui bengkel tersebut dan sentiasa mempunyai komitmen tinggi dalam menghasilkan produk kek lapis yang berkualiti secara konsisten agar mampu bersaing dalam pasaran,” katanya.

Sementara itu, peserta bengkel tersebut rata-rata berpuas hati dengan apa yang dipelajari dan berharap bengkel seumpamanya akan diadakan  pada masa akan datang.

Seorang peserta, Nurapidah Sapiee berharap bengkel itu diadakan lagi untuk meningkatkan kemahirannya ke tahap seterusnya.

“Banyak perkara baharu yang dapat dipelajari menerusi bengkel ini misalnya cara melapis kek, mengeluarkan kek daripada loyang serta cara membungkus kek lapis.

“Jadi, saya berharap bengkel ini dianjurkan lagi untuk tahap dua,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Prihatin isu banjir kilat
Next: Rakyat digesa kibarkan bendera S’wak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.