Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan 
  • GLOBAL

Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan 

Utusan Sarawak 6 months ago

RIGA: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL dari Leipzig terhempas di sebuah bangunan kediaman berhampiran Lapangan Terbang Vilnius, menurut Agensi Berita BNS.

Laporan itu memetik kenyataan seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan, sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita Jerman dpa.

Laporan awal menunjukkan terdapat empat orang di dalam pesawat malang itu dan kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Petugas kecemasan kini berada di lokasi kejadian dan punca kemalangan masih belum diketahui.

Data awal menunjukkan bahawa pasukan penyelamat menerima laporan sekitar 5.28 pagi (0328 GMT) mengenai pesawat kargo yang terhempas di sebuah bangunan kediaman dua tingkat, yang kini dilaporkan terbakar.

Ketua anak syarikat DHL Lithuania mengesahkan bahawa pesawat itu milik kontraktor syarikat berkenaan.

— BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye
Next: Serpihan roket China kembali ke atmosfera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.