Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon
  • JENAYAH

Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon

Utusan Sarawak 8 months ago

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara guru mengalami kerugian sebanyak RM201,900 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor  berkata, kejadian bermula pada 31 Ogos lalu apabila mangsa, seorang wanita berusia 65 tahun, menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai kakitangan Ampang Medical Centre.

Menurut beliau suspek memaklumkan kepada mangsa yang berasal dari Cendering, di sini, bahawa dia mempunyai tuntutan insurans sebanyak RM68,800, namun mangsa menafikan perkara tersebut.

“Suspek kemudian meminta mangsa membuat laporan polis kononnya terdapat penyalahgunaan maklumat peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 September lalu, suspek kembali menghubungi mangsa dan mengarahkannya membuka akaun di Agrobank dengan deposit awal sebanyak RM5,000, kononnya untuk tujuan pemantauan Bank Negara Malaysia.

Mangsa turut diarahkan memindahkan sejumlah RM201,900 daripada akaun Tabung Haji miliknya ke akaun Agro Bank yang baharu dibuka.

“Curiga dan berasa ditipu, mangsa kemudian berkongsi kejadian tersebut dengan anaknya, yang segera membuat semakan baki dengan pihak Agro Bank,” jelasnya.

“Hasil semakan mendapati baki wang dalam akaun mangsa hanya tinggal RM100, dan sebanyak 20 transaksi keluar telah dilakukan dari akaun berkenaan ke akaun bank yang tidak dikenali.

“Wang tersebut adalah hasil pampasan persaraan serta simpanan milik mangsa,” kata Azli. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Lelaki didakwa bunuh abang sendiri
Next: Tikam 20 kali: Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.