Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM500,000 bina Dewan Terbuka SMK Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan RM500,000 bina Dewan Terbuka SMK Kabong

Utusan Sarawak 4 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Dato Mohd Chee Kadir bergambar bersama yang lain pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri: Riang Ria Raya di Dewan MCK SMK Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Peruntukan berjumlah RM500,000 telah diperuntukkan bagi membina Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata peruntukan tersebut telah diluluskan melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Peruntukan akan terus disalurkan untuk menaik taraf prasarana di sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong sebagai sokongan kepada institusi pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai insan cemerlang.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan prasarana dan kemudahan yang diperlukan oleh sekolah di kawasan ini sentiasa diberi perhatian sewajarnya, bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan generasi muda di konstituensi ini pada masa depan.

“Saya sedar memang ada cabarannya namun, saya memberi jaminan akan terus komited membantu tingkatkan prasarana pendidikan di seluruh DUN Kabong selagi saya masih bergelar wakil rakyat di kawasan ini,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Ramah Tamah Aidilfitri: Riang Ria Raya di Dewan MCK SMK Kabong, semalam.

Chee Kadir berkata selama tempoh beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau telah menyalurkan peruntukan besar untuk sekolah rendah dan menengah di DUN Kabong.

Justeru itu beliau akan berusaha meningkatkan kualiti pendidikan terus diberi tumpuan bagi memastikan anak-anak di kawasan itu menimba ilmu dalam suasana selesa.

Dalam pada itu, Chee Kadir yakin kerajaan Sarawak yang dipimpin Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan pembangunan pendidikan di negeri ini.

Katanya, kerajaan mengambil langkah proaktif itu kerana sedar pendidikan memainkan peranan yang teramat penting dalam mengubah nasib seorang individu, keluarga, masyarakat, bangsa atau negara.

“Saya amat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada Premier Sarawak kerana banyak membantu aspek pendidikan untuk anak-anak muda Sarawak, terutamanya di DUN Kabong.

“Premier Abang Johari bukan sahaja sentiasa menyalurkan peruntukan membaiki dan menyelenggara malah memenuhi pelbagai keperluan termasuk sekolah kawasan pedalaman,” tegasnya.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PKS platform perpaduan, pembangunan komuniti Kayan
Next: Perkukuh peranan komuniti pelbagai sektor pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.