Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM5 juta pada tender kedua untuk bina baharu masjid di Kampung Bungin
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan RM5 juta pada tender kedua untuk bina baharu masjid di Kampung Bungin

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR reka bentuk Masjid Kampung Bungin yang baharu.

SPAOH: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi membina baharu masjid di Kampung Bungin, di sini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, projek pembinaan masjid ini merupakan langkah penting untuk menyediakan kemudahan ibadah yang lebih selesa kepada masyarakat di Kampung Bungin.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan Sarawak telah meluluskan projek pembangunan masjid ini dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Projek pembinaan masjid baharu Kampung Bungin ini telah ditender kali kedua selepas beberapa penambah baikan dilakukan pada tender pertama.

“Alhamdulillah, kini kita telah melantik kontraktor yang layak iaitu Syarikat Crest Engineering Sdn. Bhd yang akan memulakan kerja-kerja pembinaan bermula 25 Februari ini,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat pertama projek bina baharu Masjid Kampung Bungin di Pusat Khidmat DUN Saribas di sini, hari ini. 

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, dan beberapa wakil kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menyatakan projek pembinaan masjid ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 16 bulan, dengan tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 Jun tahun depan. 

DATUK Mohammad Razi Sitam semasa mempengerusikan mesyuarat pertama projek bina baharu Masjid Kampung Bungin di Pusat Khidmat DUN Saribas, hari ini.
 

“Saya berharap agar projek ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah, dan saya yakin bahawa pihak kontraktor yang terlibat akan menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab serta menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan,” jelasnya.

Dalam mesyuarat tersebut, wakil dari Jawatankuasa Pengurusan Masjid Kampung Bungin, Shafiee Junaidi turut berkongsi perkembangan terkini mengenai kutipan sumbangan daripada penduduk kampung. 

“Kami telah menjalankan kutipan sumbangan di kalangan penduduk kampung, dan berjaya mengumpul sebanyak RM400,000.

“Sumbangan ini akan digunakan untuk membantu pelaksanaan pembangunan masjid baharu yang dijangka memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat,” katanya.

Projek bina baharu Masjid Kampung Bungin ini, ujarnya, dijangka dapat memberikan impak positif kepada masyarakat kampung dengan menyediakan kemudahan ibadah yang lebih baik, dan mampu menampung lebih ramai jemaah.

Dengan sokongan, dan kerjasama semua pihak, katanya lagi, projek ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk kesejahteraan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Misi 14 hari buru, tangkap sang bedal bermula esok  
Next: Jalan wharf Rumah Kalut Sat di Sungai Merah Dayu telah siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.