Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan RM15,000 baik pulih Surau Darul Ibadah
  • TEMPATAN

Peruntukan RM15,000 baik pulih Surau Darul Ibadah

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN… Jamilah Anu menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahyarham Abdul Halim Abdullah dan allahyarhamah Rosemary Sadan.

LUNDU: Peruntukan sejumlah RM15,000 telah diluluskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Anu untuk baikpulih Surau Darul Ibadah di Kampung Sg. Rayu Melayu.

Pengumuman itu dibuat ketika menghadiri majlis tahlil pasangan suami isteri iaitu keluarga Allahyarham Abdul Halim Abdullah dan Allahyarhamah Rosemary Sadan yang kemalangan dan meninggal dunia pada Ahad, 9 Ogos lepas dan meninggalkan tujuh orang anak.

Beliau yang hadir sendiri menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) kepada keluarga malang itu.

Jamilah dalam ucapan ringkas berpendapat, keselesaan para jemaah untuk menunaikan ibadah menjadi keutamaan beliau.

“Di samping itu, surau dan masjid juga dapat dijadikan tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan, tahlil dan sambutan Maulidur Rasul serta Awal Muharam,” katanya, semalam.

Turut hadir, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Ketua Menteri Sarawak, Helmi Hazemi, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam
Next: Abang Jo terima kunjungan rombongan Politeknik Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.