Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM100,000 untuk penduduk PPRMS DUN Tamin
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan RM100,000 untuk penduduk PPRMS DUN Tamin

Utusan Sarawak 7 months ago
UNTUK ALBUM… Gira (berdiri, empat kanan) merakam kenangan bersama penduduk yang hadir pada Program Ngentak Rumah Panjai Baru, JKKK Sungai Sekura Sebaya, Rumah Akas, baru-baru ini. Foto Kredit: DUN N59 Tamin

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir. Christopher Gira Sambang memperuntukkan dana sebanyak RM100,000 kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin.

Katanya, dana daripada kerajaan Sarawak tersebut untuk membantu penduduk yang tinggal di bawah Projek Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS).

Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin akan merasai pelbagai kemajuan yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui pelbagai bantuan daripada kerajaan Sarawak.

“Ini adalah usaha kerajaan Sarawak untuk memenuhi permintaan rakyat, dan saya berharap agar perkara ini dapat dilaksanakan untuk memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Ngentak Rumah Panjai Baru, JKKK Sungai Sekura Sebaya, Rumah Akas, baru-baru ini.

Menurutnya, bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk membantu dan mendorong rakyat meningkatkan taraf sosioekonomi di kawasan DUN Tamin.

“Bagi projek pembinaan rumah panjang yang baharu, saya akan memperuntukkan RM100,000 untuk membantu membina atau membaiki rumah, RM21,000 untuk Projek Mit Menua Pesisir, serta RM5,000 kepada Biro Wanita di Rumah Akas, Sungai Sekura Sebaya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, isteri ADUN Tamin, Anita Anthony Jilan, Penghulu Thomas Jawa, Tuai Rumah Akas, serta beberapa kaunselor lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Annie Senabong dinobat Miss Hornbill Sarawak
Next: 13 unit pili bomba diperiksa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.